Tuesday, April 21, 2009

Sendiri Mau Ingat: Apa Mau Takut...Samy

Sendiri Mau Ingat: Apa Mau Takut...Samy

1 comment:

  1. Kenyataan Pak Najib bahawa BN kemungkinan tidak akan meletakkan calon mereka bertanding di DUN Penanti kerana akan memBAZIRkan wang rakyat.

    Tetapi Presiden MIC Dato' Samy Vellu tidak bersetuju dengan cadangan Pak Najib kerana sekiranya BN tidak bertanding di DUN Penanti akan menggambarkan kepada masyarakat bahawa "BN sudah ketakutan apabila hendak bertanding di kubu kuat pembangkang.Kita mesti jaga integriti,prestij dan Imej Barisan Nasional",kata beliau.

    Ini juga akan menjadi menjadi satu sejarah di Malaysia apabila BN tidak bertanding dalam sesuatu pilihanraya Kecil yang diadakan di negara ini.Bagaimana pula dengan PAS yang dikatakan lemah tetapi sebelum ini tidak pernah ketinggalan atau GENTARRR..untuk meletakkan calon dalam setiap PRK yang di adakan,malah ada PRK yang menjadi kubu Hardcore Arm..No..tetapi atas perjuangan menegakkan kebenaran PAS tetap meletakkan calon mereka.

    Kenyataan Pak Jib " Akan membazir Wang Rakyat ",adalah satu kenyataan yang merealisasikan lagi perangai Arm..No menggunakan wang rakyat dan jentera kerajaan untuk kempen politik mereka,sudah pasti kenyataan ini juga membuktikan bahawa selama ini Arm..No memang menggunakan Politik WANG untuk berkempen memenangkan calon BN.Berbanding dengan PAS yang segalanya adalah sumbangan ikhlas dari ahli mereka samada dari segi Kewangan,Tenaga dan jentera yang digunakan dalam pilihanraya.

    Di sinilah bezanya perjuangan Arm..No dengan perjuangan PAS,ingat lagi dlm PRK Bukit Gantang yang lalu,di mana 40 pemuda Umno boikot tidak mahu melakukan kerja untuk arm..no kerana tidak dibayar tunggakkan wang pemasangan bendera pada pilihanraya ke 12 yang lalu.

    Sekiranya cadangan tidak meletakkan calon ini berlaku,ia menjadi titik hitam kepada Generasi baru dalam BN dan khasnya parti Arm..No yang selama ini angkuh dan sombong di atas kekuatan yang mereka miliki dengan menggunakan Hak Rakyat semata-mata.Tambahan pula SPR akan mengHADkan penyokong parti untuk hadir ke penamaan calon dalam PRK yang akan datang,kalau boleh biarlah dalam 7- 10 orang aje yang dibenarkan.

    " Lawan tetap lawan,Sekarang Umno Dah Jadi Sawan..
    Sebelum Umno Jadi Cendawan"
    sila lah melawat kesah di sebalik kekecohan sidang DUN MELAKA yang diwar-warkan media TORTOQ UMNO...
    link:
    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/lucah-mr-lee-dan-betty.html

    ReplyDelete