Monday, May 17, 2010

'Gagal pertahan Sibu bukti Taib Mahmud ditolak


Keputusan pilihan raya kecil parlimen Sibu yang berpihak kepada Pakatan Rakyat memberi gambaran buruk kepada BN untuk kekal relevan dalam pilihan raya negeri selepas ini, menurut penganalisisGambaran itu dilihat melalui jumlah ayunan sokongan pengundi kepada wakil DAP Wong Ho Leng kali ini, yang membolehkan beliau dipilih ke Dewan Rakyat.

DAP memasuki gelanggang Sibu dengan harapan untuk meraih sekitar 40 peratus undi sahaja bagi memperbaiki prestasi mereka pada Mac 2008, di mana BN menang dengan 3,235 majoriti.

Keputuan kali ini bagaimanapun menujukkan DAP menang dengan kelebihan sebanyak 398 undi sahaja, namun ia menunjukkan BN kehilangan sokongan dengan begitu banyak, kata seorang pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak.

No comments:

Post a Comment