Sunday, June 5, 2011

Kes rasuah Dr Khir ditunda Rabu ini

Kes rasuah berprofail tinggi membabitkan mantan menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo di Mahkamah Tinggi Shah Alam telah ditunda hingga Rabu ini.

Ini, kata hakim Datuk Mohtaruddin Baki bagi membolehkan pihak pembelaan menerima dan mengkaji dokumentasi terakhir mengenai penemuan terbaru yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

NONEPenangguhan itu dibuat oleh pihak pembelaan yang diketuai oleh peguam M Athimulan pada awal perbicaraan bermula pagi tadi apabila dimaklumkan penemuan bukti baru berkenaan.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan yang diketuai oleh timbalan pendakwa raya Abdul Wahab Mohamed membantah dan berhujah bahawa dakwaan yang dikemukakan tetap sama dan dokumen yang dihantar itu sepatutnya tiba hari ini.

"Meskipun perkembangan baru dalam sesuatu kes bukan asas bagi membuat penangguhan, tetapi kekurangan dokumentasi boleh diterima,” kata Mohtaruddin ketika membenarkan penangguhan itu.

No comments:

Post a Comment